Personal Class Ninisha – Setting Chromebook dan WPS

11 September 2023 | Aktiviti Terkini

10 September 2023 – Ninisha telah hadir bersama ibunya ke PEDi Linggi untuk mendapatkan khidmat bantuan mengenai Chromebook nya yang bermasalah untuk menyambung ke rangkaian wifi dan beberapa masalah lain. Beliau diajar oleh Pengurus PEDi tentang cara membuat trouble shooting di chrome book tersebut.

Beliau juga menyatakan kesukarannya untuk membuat kerja sekolah di rumah memandangkan chromebook itu tidak mempunyai perisian Mircrosoft Office. Pengurus PEDi menerangkan fungsi chromebook yang tidak mempunyai aplikasi desktop berbeza dengan laptop biasa, bagi mengatasi masalah beliau, Ninisha dinasihatkan menggunakan aplikasi MS Office 365 Student yang boleh digunakan melalui akaun DELIMA pelajar.

Beliau turut diajar mengenai aplikasi WPS office yang boleh digunakan secara online sahaja, seterusnya beliau dibimbing cara untuk mendaftar akaun WPS. Kelas yang berlansung selama 1 jam 15 minit bermula dari jam 5.00 petang telah tamat pada jam 6.15 petang. Ibu Ninisha sangat-sangat berterima kasih kerana telah membantu mnyelesqaikan masalah anaknya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali